Thursday, August 25, 2011

Salam Aidilfitri

Aidilfitri tiba lagi. Tahun ini, pencinta, penggiat, pengikut, penggemar, dan pengagum persuratan tanah air pastinya cukup merasai kehilangan sasterawan Kedah, Azizi Hj Abdullah yang telah kembali menemui Kekasihnya baru-baru ini. Saya tiba-tiba teringat kepada seorang sahabat yang sedang berada di fasa-fasa akhir pengajian doktor falsafahnya. Beliau membuat kajian tentang novel-novel Azizi (khabarnya beliau mengkaji semua novel Azizi). Saya segera menelefonnya. Dalam perbualan yang agak panjang, saya ada menyatakan kepada beliau bahawa kajiannya nanti pasti menjadi begitu penting kerana antara yang terawal siap dihasilkan selepas pemergian Azizi. Beliau yang masih dibalut kesedihan kerana sangat akrab dengan Azizi kerana kajiannya juga mengharapkan begitu. Al-Fatihah untuk sasterawan kebanggaan tanah air, Azizi Hj. Abdullah.

Kembali kepada cerita Aidilfitri. Pada kesempatan ini, saya menyusun jari sepuluh memohon ampun kepada guru-guru yang mulia, sahabat-sahabat yang hebat, AJK PEN yang berkaliber, pembaca-pembaca blog anakmandiling.blogspot yang setia, pelajar-pelajar yang berkarisma dan sesiapa sahaja yang mengenali diri saya yang biasa-biasa ini. Sesuai dengan fitrah perayaan ini, diharapkan kita juga dapat membersihkan diri daripada dosa dan segala hasad dan khianat sesama kita. Semoga Aidilfitri tahun ini menjanjikan kemenangan dan kejayaan yang tiada putusnya buat kita semua.


SALAM AIDILFTRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN


No comments:

Post a Comment