Monday, July 27, 2009

Selamat Berangkat Teraju Kami



Mungkin hari ini adalah hari terakhir buat Pengetua SMK Juasseh, Pn. Hjh. Arpah binti A. Kadir di sekolah ini. Pada Jumaat yang lepas, satu majlis khusus untuk beliau telah diadakan. Dan saya yang sedang mengikuti kursus pembestarian sekolah (dijadualkan berakhir pada hari tersebut) memohon pelepasan bagi membolehkan saya menghadiri majlis tersebut. Usia perkhidmatan beliau di SMKJ hanya 1 1/2 tahun, hampir seusia dengan perkhidmatan saya di sini(beliau berkhidmat sebulan lebih awal). Secara peribadi, saya melihat beliau sebagai seorang pengetua yang komited, berdedikasi, tegas, dan berusaha ke arah zero defect walaupun acap terkekang oleh faktor kesihatan. Pada saya, setiap pengetua mempunyai gaya kepimpinan tersendiri, terpulang kepada kita sama ada dapat mengikut rentak tariannya atau tidak. Di sini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada beliau kerana banyak menuangkan pengalaman dan menghadiahkan teguran kepada saya untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan. Doa saya dan juga rakan-rakan, semoga beliau akan berjaya di 'rumah perkhidmatan' yang baharu di SMK Tanah Merah Side C, Port Dickson. Ada masa datanglah menjenguk kami di sini.


Pada kesempatan ini juga, diucapkan selamat datang dan selamat berjuang kepada pengetua baharu, Pn. Yatimah Jiram (bekas GPK 1 King George V). Tentu sekali di sini, puan akan bermain dan bergelumang dengan padang permainan yang berbeza. Semoga dapat menyesuaikan diri di samping turut mampu menyesuaikan kami guru-guru dan juga para pelajar dengan gaya kepimpinan puan.

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. mohon jasa baik tuan utk beri saya no hp Puan Yatimah atau e-mel beliau. Beliau pernah mengajar saya sekitar 1990-1992 dahulu. boleh hantarkan ke mizharmazlan@gmail.com atau tinggalkan di ruangan komen di blog kenitra1975.fotopages.com

    terima kasih

    Mizhar

    ReplyDelete